Ini laporan terbaharu, berhubung kebenaran penutupan sekolah.
Sekolah hanya dibenar tutup, sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Garis panduan itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan semalam, melalui surat siaran pekeliling ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili, susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi seluruh negara.